4 research outputs found

    Development of STEP-NC based machining system for machining process information flow

    Get PDF
    To realize the STEP-NC based machining system, it is necessary to perform machining feature extraction, generating machine-specific information, and creating a relationship between STEP-NC entities. A process planning system of a STEP-NC information flow that starts with constructing a machining feature from a CAD model will be developed. In this paper, a further in depth study of the implementation and adaptation of STEP-NC in manufacturing is studied. This study will help to understand how the data from CAD/CAM can be converted into STEP-NC codes and the machining process will be based on the STEP-NC codes generated

    Troli tong gas

    Get PDF
    Tong gas adalah sebahagian daripada keperluan rumah yang sangat penting untuk kegunaan dapur. LPG (Liquefied Petroleum Gas), atau petroleum gas biasanya digunakan untuk aplikasi perumahan (tong gas masak) dan tujuan komersial. LPG terutamanya terdiri daripada campuran hidrokarbon seperti propana (C3H8), propene (C3H6), n-butana (C4H10), isobutena (metil-propana), dan pelbagai butanes lain (C4H8) (Mustapa, Gitano Briggs, 2008). LPG disimpan cair dalam tong pada tekanan tinggi, tekanan wap sekitar 6 hingga 7 bar (Petrolium Nasional Berhad, 2013). Oleh itu, tong gas perlu diperbuat daripada silinder keluli bertekanan tinggi. Tong gas digunakan hampir di semua perumahan, termasuk rumah pangsa, kondominium dan apartment. Kebiasaan penghuni perumahan bertingkat yang tidak mempunyai lift terpaksa mengangkat tong gas menggunakan tenaga empat kerat, kadang kala menggunakan troli biasa untuk menggangkut tong gas tersebut bagi memudahkan dan meringankan kerja. Troli adalah peranti yang digunakan untuk membawa beban atau memindahkan bahan dari satu tempat ke yang lain. Untuk aplikasi yang berbeza pelbagai jenis troli digunakan Kebanyakan pekerja domestik juga menggunakan tenaga tulang empat kerat untuk kerja-kerja pemindahan troli .

    Modul sijil Eksekutif Pengurusan Teknologi Penanaman Tebu Profesional

    Get PDF
    Buku ini merupakan suatu perkongsian dan gabungan idea daripada beberapa insan yang mencari kelainan teknik dalam dunia perniagaan khususnya usahawan yang berjaya dalam dunia perniagaan seperti Koperasi Pembangunan Usahawan Bestari Johor Bhd (KPUBJB). Penubuhan Koperasi Pembangunan Usahawan Bestari Johor Bhd ini bermatlamat untuk membina minda usahawan kepada ahli-ahlinya dan mementingkan ahli-ahlinya agar dapat menambah nilai ilmu perniagaan bagi menaiktaraf ekonomi keluarga, bangsa, agama dan negara. Setiap bab dalam buku ini memberi informasi dan maklumat yang dapat membantu masyarakat dalam bentuk panduan berkaitan teknologi penghasilan tebu. Semua tajuk yang digarap dalam penulisan ini merangkumi penyediaan tapak tanaman tebu, teknik tanaman tebu, racun serangga atau rumpai dan baja sehingga strategi pemasaran. Di samping itu, buku ini juga memberi pendedahan tentang jadual penjagaan selepas penanaman tebu dan kaedah pemasaran. Buku ini juga sangat sesuai dijadikan rujukan para pengusaha serta ahli perniagaan tebu yang berhasrat untuk mendalami perniagaan sehingga berkembang maju

    Alat pencungkil ubi kayu

    No full text
    Ubi kayu merupakan makanan tradisi masyarakat Asia Tengara terutamanya di negara Malaysia. Ubi kayu merupakan tanaman yang mudah untuk ditanam dan mengambil masa 9 hingga 12 bulan untuk dituai [1]. Di Malaysia, tanaman ubi kayu secara komersial banyak ditanam di negeri Selangor dan Johor. Berbanding dengan negara Asia lain, hasil pengeluaran ubi kayu di malaysia masih rendah. Bagi memenuhi permintaan pasaran, penanaman ubi kayu semakin meningkat dewasa ini dan telah disenaraikan dalam pasaran komoditi global. Terdapat banyak produk industri yang dihasilkan daripada sumber ubi kayu. Selain produk makanan dan minuman, ibu kayu boleh menghasilkan pelbagai produk seperti kertas, kanji, plastik, tekstile, makanan haiwan, ethanol dan sebagainya
    corecore